Chinua Achebe
Chinua Achebe

Chinua Achebe

Albert Chinụalụmọgụ Achebe (dilahirkan pada 16 November 1930) lebih dikenali sebagai Chinua Achebe.Brliau rakyat Nigeria adalah novelis , penyair , profesor , dan pengkritik . Novel magnum pertamanya 'Things Fall Apart (1959) merupakan buku yang paling banyak dibaca dalam Kesusasteraan Afrika moden .Beliau dikelompok dalam Anglophone iaitu menggunakan bahasa Inggeris. Sasterawan Afrika yang lain dikelompok dalam Francophone kerana menggunakan bahasa Perancis.Dibesarkan dalam agama Kristian, ibu bapanya dari bandar Igbo, Ogidi di tenggara Nigeria.Selepas tamat pengajian di universiti, beliau bekerja dengan Perkhidmatan Penyiaran Nigeria dan tidak lama kemudian pindah ke metropolis Lagos . Achebe menulis novel dalam bahasa Inggeris walaupun bahasa itu bahasa penjajah.Syarahan beliau pada 1975, "Imej Afrika: Perkauman dalam "Heart of Darkness" mencetuskan kontroversi, kritikan terhadap Joseph Conrad sebagai "perkauman berdarah".Apabila kawasan Biafra berpecah dari Nigeria pada tahun 1967, Achebe menjadi penyokong setia kemerdekaan Biafra dan bertindak sebagai duta bagi rakyat negara baru. Perang memusnahkan penduduk, dan menyebabkan kebuluran dan keganasan .Pada tahun 1970, beliau melibatkan diri dalam parti politik Nigeria tetapi tidak lama kemudian meletak jawatan kerana kecewa ekoran rasuah dan elitisme berleluasa.Beliau tinggal di Amerika Syarikat selama beberapa tahun pada tahun 1970-an, dan kembali ke Amerika Syarikat pada tahun 1990 selepas kemalangan kereta dan menjadi orang kurang upaya.Novel Achebe memberi tumpuan kepada tradisi masyarakat Igbo, kesan pengaruh Kristian, dan pertembungan nilai-nilai semasa dan selepas era penjajah. Gaya beliau banyak bergantung kepada tradisi lisan Igbo, dan menggabungkan riwayat yang terus-terang dengan perwakilan cerita-cerita rakyat, peribahasa, dan pidato. Beliau juga telah menerbitkan beberapa cerita pendek, buku-buku kanak-kanak, dan koleksi esei. Sejak 2009, beliau menjadi Profesor Pengajian Africana di Universiti Brown di Providence, Rhode Island , Amerika Syarikat.